Manfaat Aloe Vera Untuk Kulit

ASSALAMUALAIKUM...

Hasil carian imej untuk aloe vera

Tahukah anda Aloe Vera / lidah buaya sebenarnya mengandungi banyak khasiat tersendiri terutamanya pada kulit kita.

Antara manfaat aloe vera untuk kulit ialah ia mampu menghilangkan jerawat pada kulit wajah. Kandungan semulajadinya akan merangsang pertumbuhan kulit dan mempercepatkan penyembuhan jerawat. Selain itu, ia mengandungi Vitamin C dan juga E yang boleh membantu mencantikkan kulit dan akan melambatkan proses penuaan serta menghapuskan kedutan tanda penuaan.

Percaya atau tidak aloe vera ini boleh membantu untuk memudarkan parut jerawat serta mengelakkan kulit dari menjadi burn. Tapi gais produk semulajadi macam ni sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan dah tentu lah korang kena konsisten. Kalau hangat hangat taik ayam hmm Babai jelah wey nak jadi cantik. Hmm

Selain itu ia boleh digunakan pada luka-luka kecil ( luka di hati tak boleh ye ) seperti luka akibat mencukur / terkena gigitan serangga. Gel aloe vera yang sejuk akan memberikan sensasi dingin yang boleh menyegarkan kulit korang.

Kalau korang ada masalah kulit kering, aloe vera amat baik digunakan kerana boleh melembapkan kulit dan menjadikan kulit anda sentiasa anjal dan mampu mengelakkan dari terhidrasi. 

Hal ini terbukti apabila terdapat kajian mendapati sapuan gel lidah buaya yang kerap mampu meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.

Oleh sebab sekarang ni zaman dah maju, maka terdapat banyak produk yang dicipta mengandungi aloe vera, contoh macam kat bawah ni

Imej yang berkaitan


Imej yang berkaitan
Sis pernah pakai yang Safi, hasilnya memang daebakkk... tapi pakai tak lama pon. Sekarang dah rasa macam nak pakai balik la pulak. Ke macam mana?

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Hasil carian imej untuk darah tinggi


ASSALAMUALAIKUM

Dah lama sis nak tulis entri pasal ni, sebabnya ini merupakan salah satu penyakit yang famous amous yang akan menyerang rakyat malaysia. Betul, penyakit ni tak semestinya akan menyerang pokcik mokcik je, ada jugak eh yang muda belia yang menghidap penyakit darah tinggi ni. Semuanya adalah berkait rapat dengan faktor pemakanan, gaya hidup, dan jugak keturunan.

So antara langkah pencegahan yang kita boleh amalkan dari usia muda ni adalah seperti

Kurangkan berat badan.
Ini merupakan pesanan yang paling kerap dipesan oleh doktor kan? Sama ada kurangkan atau kekalkan berat kita dah boleh dah nak cegah penyakit ni.

Amalkan gaya hidup sihat.
Bersenam dalam 30 minit setiap hari pon dah okey tau. Contoh lain yang kita boleh buat seperti berkebun, berjalan dekat taman reakreasi berdekatan pon takdehal. Macam ayah sis, dia pergi kebun je tanam pokok dan buat senaman ringan sikit. Hasilnya okey lah darah dia ok, tak tinggi sangat. 

Kurangkan pengambilan garam
Sekarang kat rumah, memang mak sis akan masak kurang garam sampai kami dah biasa. Jadi kalau ada makanan yang agak masin dari biasa memang sis takkan makan. Ntah lah sebab tak boleh nak terima dah. Haha. nampak tak impak dia camne? Jadi apa yang kita boleh buat ialah amalkan pemakanan yang seimbang dan banyakkan makan buah buahan dan sayur sayuran dan kurangkan kolestrol

Jangan merokok
Merokok MEMBAHAYAKAN kesihatan. Tapi masih ramai yang merokok sebab katanya merokok boleh hilangkan stress. Hmm. Sekarang memang lah boleh hilang stress. Macam mana dengan effect dia untuk 10 tahun akan datang?

Kurangkan Stress
Zaman sekarang zaman stress. Kita boleh rasa stress dengan macam macam benda. Jadi, sebagai langkah terbaik sis rasa kita kena pandai atasi masalah tu.Kalau ada masalah kronik stress, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

Buat pemeriksaan sendiri
Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Jika anda bukan penghidap hypertension, kena jugak ye check sebab biasanya penyakit ni dia dah check baru tau ada. Pandai buat suprise. Haha

Dan ini merupakan bacaan tekanan darah. Boleh rujuk sini je gais.

Hasil carian imej untuk darah tinggi

Jadi, mana satu bacaan tekanan korang? Okey ke takk ? 

Bedak Sejuk dan Manfaatnya

ASSALAMUALAIKUM.

Siapa kat sini suka pakai bedak sejukk?

Hasil carian imej untuk bedak sejuk langkawi

Tahu tak bedak sejuk ni sebenarnya salah satu bahan yang patut dicuba oleh semua orang kerana ia memunyai banyak manfaatnya. Tapi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan kita kena sabaq bebanyak gaiss dan kena amalkan secara konsisten. Inshaallah akan serasi dengan kulit muka kita. Sis berani jamin ye, sebab dah pernah try dulu. Hasilnya not bad cuma bergantung dengan tahap sabar dan kerajinan kau lah wei. Huhu

Antara manfaatnya ialah boleh menyejukkan kulit muka. Dah nama pon bedak sejuk, memang la sejuk kan? Sesuai dipakai time cuaca panas dan bila kau terdedah dengan matahari terlalu lama. 

Ehh, bukan bedak sejuk kena pakai malam ke?

Hihi. Kalau ikut cara sis, siang ke malam ke sis main pakai je. Dulik hape! Hahaha 

Sis seronok pakai time petang, sebab rasa sejukkkkk je dan ia boleh menyerap minyak minyak berlebihan pada kulit muka kita.

Bayangkan ehh bila pakai tu dah cuci memang rasa licin je muka. Kulit jadi tegang, tenang dan jugak segar bugar. Hiperbola sungguh. Hahahaha

Selain tu, penggunaan yang konsisten boleh membantu menanggalkan sel kulit mati di wajah dan boleh mengurangkan bintik hitam. Nak kecutkan jerawat pon okey je takde masalah pon gaiss.

Selalunya kalau nak cari bedak sejuk boleh je pergi beli kat kedai jamu, pasaraya, kedai runcit atau kalau nak jimat dan nak try hasilkan buatan sendiri boleh usha kat SINI

SINOPSIS FILEM : ANNABELLE CREATION



Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2017
Genre: Seram / Ngeri 
Pengarah: David F. Sandberg


Ia mengisahkan tentang seorang pembuat patung dan isterinya. Selepas beberapa tahun kejadian maut anak perempuan mereka, mereka mengambil keputusan untuk membenarkan seorang biara dan beberapa anak yatim tinggal di kediaman mereka. Tidak lama kemudian, mereka menjadi sasaran patung yang dirasuk, Annabelle.

Cara Mengatasi Kaki Berbau


Hasil carian imej untuk kaki berbau



Simpan kasut di tempat yang sepatutnya
Jangan menyimpan kasut merata-rata dan simpan di tempat yang sepatutnya.Ini boleh mengelakkan dari kasut menjadi cepat rosak dan menimbulkan bau yang tidak enak. Simpan kasut di tempat yang aliran udaranya lancar, atau gunakan silica gel jika menyimpan kasut di dalam kotak.

Elakkan dari makan makanan yang berbau
Ubah tabiat pemakanan korang supaya masalah kaki berbau ini dapat diatasi

Utamakan kebersihan pada kaki
Setiap kali mandi jangan lupa bersihkan celah-celah jari kaki kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang paling lembab. Jika terlampau kotor juga boleh menjadi punca bau yang kurang menyenangkan. Gunakan sabun mandi dan berus lembut untuk menggosok.

Rendam kaki dengan teh, garam atau guna serbuk kopi
Teh dipercayai mampu menghilangkan bau yang kurang enak. Rendamlah kaki dalam besen yang telah diisi air suam dan hampas teh, rendam selama 10 minit. Selain teh, boleh juga gunakan garam dengan cara yang sama manakala serbuk kopi pula boleh dibungkus dengan kain bersih, kemudian masukan ke dalam kasut selama semalaman.

Pastikan kaki kering sebelum memakai kasut
Cara yang terbaik untuk elak daripada kaki berbau ialah dengan memastikan kaki kita sentiasa kering. Keringkan kaki terutama sekali di celahan jari kaki kerana di situlah tempat bakteria selalu membiak serta meninggalkan bau yang busuk. Jika perlu, tukar kasut anda setiap hari dan jaga kebersihan kasut dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan kering.

Berjumpa doktor
Sekiranya bau kaki anda tidak juga hilang, cara terbaik berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta rawatan. Mungkin doktor akan memberikan anda antibiotik untuk menghapuskan bakteria yang membiak di kaki.

Sekian, diharap boleh membantu kita untuk mengelakkan dari mengalami masalah kaki berbau.

Assalamualaikum :)

Cara Terbaik Untuk Move On

Assalamualaikum 💕

Antara tips macam mana sis nak move on. Tengah mencuba ni walaupun agak perit. Hmm.

Hasil carian imej untuk cara nak move on


1. Pergi lah dekatkan diri korang dengan tuhan. Mungkin kau terlalu sibuk mengejar cinta manusia sampai terlupa Dia yang satu. Allahu 😂😂

2. Luahkan perasaan kau kat teman / ahli keluarga. Wey yang ini berkesan okey. Luahkan apa yang terbuku dalam hati tu dekat orang yang kau percaya. Depa akan dengat je luahan hati korang tu. Mustahil la tak sudi kan. Sangat lega dan hati jadi tenang.

3. Block semua laman sosial dia. Haha macam sis dah try buat dah. Memang berjuraian air mata sebab pasni takleh stalker dia, tapi nak buat macam mana kan. Ini jalan terbaik kot. Boleh elakkan diri dari dia dan tak payah tengok dia bermesra dengan orang lain. Senang. #MohonKauJanganCariAkuLagi

4. Delete semua gambar dan jugak conversation dengan dia. Eh, kalau tak buang macam mana nak move on? Nak ke statik je duduk siti tak move2 lagi? Hew hew

5. Jangan mengada nak tidur lambat. Kalau lah kau tahu waktu malam tu waktu sendu tau. Mula lah nanti nak cari dia lah, teringat lah, meroyan lah ape benda semua. Yang penting jangan dengar lagu sedih nanti tambah sendu woi. ( tapi sis selalu je layan lagu saja nak sendu2 )Kah!

6. Next! Kau kena busykan diri kau. Pergi lah buat pape aktiviti baru ke Jogging ke, scuba ke, melancong ke, menjahit ke. Asalkan kau ada aktiviti untuk dibuat. Tak payah lah nak 24jam layan sendu tu. Kemon gaiss mana tau nanti terjumpa jodoh baru pulak. Ahahaha 😝

7. Isi masa lapang tu dengan orang tersayang. Contoh macam family kau. Dunia belum berakhir lagi tau kalau kau kena reject. Cari kebahagiaan sendiri, inshaallah kau akan jumpa kebahagiaan sebenar. 😹

Hasil carian imej untuk cara nak move on


Goodluck gaiss :p

Filem Yang Diharamkan Ditayangkan Di Malaysia

ASSALAMUALAIKUM

Ini merupakan 10 Filem yang diharamkan tayangannya di Malaysia tapi seriously ada je antara filem ni yang sis dan tengok. Hehehe. Biasalah student life dulu kan memang hobi kopipasta movie je. Ahahahaha Meh usha wey.

1) Fifty Shades Of Grey
Pengarah: Sam Taylor-Johnson
Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan
Genre: Erotis romantik
Tahun: 2011

Filem itu diangkat daripada sebuah novel popular Fifty Shades Of Grey dan sudah dijangka dari awal tidak dapat ditayangkan di Malaysia.

Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut.

Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu sarat elemen pornografi.


#Sis memang layan lagu dia je.Hahaha Love me like you do.. love love me like you doooo.... :p

2) Sex Tape
Pengarah: Jake Kasdan
Pelakon: Cameron Diaz, Jason Segel, Rob Lowe
Genre: Komedi romantik
Tahun: 2014

Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. 

Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan.


3) The Raid 2: Berandal
Pengarah: Gareth Evans
Pelakon: Iko Uwais, Yayan Ruhian, Cecep Arif Rahman
Genre: Thriller aksi
Tahun: 2014

Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans The Raid: Redemption pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu The Raid 2: Berandal telah diharamkan dari tayangan di Malaysia.

Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas.


4) The Wolf of Wall Street
Pengarah: Martin Scorsese
Pelakon: Leonardo DiCaprio, Margot Robbie, Jordan Belfort, Jonah Hill
Genre: Biografi
Tahun: 2013

Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat unsur lucah, babak bogel dan seks.

Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F**K' paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminit.


5) I Spit On Your Grave
Pengarah: Steven R. Monroe
Pelakon: Sarah Butler, Jeff Branson, Chad Lindberg
Genre: Thriller seram
Tahun: 2010

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya.

Bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China dan New Zealand. 

Alasnya kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.


#Yang ni sis dah tengok. Seriously seram wei. Rasa macam macam perasaan. Susah nak explain. Ibarat layan cerita Saw & jugak Final Destination tu seram dia. Kakakaka. Boleh tak camtu?

6) Noah
Pengarah: Darren Aronofsky
Pelakon: Russell Crowe, Emma Watson, Jennifer Connelly, Logan Herman
Genre: Drama fantasi
Tahun: 2014

Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson.

Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.


7) Dukun
Pengarah: Datin Paduka Umie Aida, Bront Palarae, Namron
Pelakon: Dain Said
Genre: Thriller seram
Tahun: 2007

Filem seram tempatan Dukun arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007.

Dukun merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam.

Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.


#Kalau yang ni sis ada usha kat Youtube. Hmm memang seram wei. Tapi pernah baca tak kisah yang Mona ni sebenarnya baik. Tapi memang seram pon. Sis baru tengok sikit dah terbayang bayang. Allahu 😢😢

8) Banglasia
Pengarah: Namewee
Pelakon: Namewee, Saiful Apek, David Arumugam
Genre: Aksi komedi
Tahun: 2013

Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem "Banglasia" telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh LPF dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses mendapatkan kelulusan filem itu.

Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula.

Malah Banglasia tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang. 


#Ehh, tahu lah bangla memang bersepah kat Malaysia tapi sampai buat filem. Mak aihhh. Tak tahu nak oyak gapo. Huhuhu

9) Vishwaroopam
Pengarah: Kamal Haasan
Pelakon: Kamal Haasan, Rahul Bose, Pooja Kumar
Genre: Thriller
Tahun: 2013

Filem Vishwaroopam sepatutnya memulakan tayangan pawagam di India pada 24 Januari 2013 namun ditarik balik sehari selepasnya.

Naskhah itu telah mendapat bantahan daripada segelintir penduduk negara itu yang mendakwa ada babak yang menunjukkan agama Islam daripada sudut negatif.

Selepas beberapa adegan disunting, filem itu kembali ditayangkan pada 19 Februari 2014.


10) Beauty And The Beast
Pengarah: Bill Condon
Pelakon: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans
Genre: Muzikal romantik fantasi
Tahun: 2017

Penundaan filem yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures itu telah mengundang rasa tidak puas hati netizen yang menunggu dengan penuh harapan untuk menonton filem arahan Bill Condon.

Filem Beauty And The Beast sepatutnya ditayangkan bermula 16 Mac namun telah ditunda gara-gara mengandungi adegan berunsurkan homoseksual.

Difahamkan filem tersebut akan ditayangkan pada 30 Mac 2017 yang lalu.


#Hahahaa. Filem ni memang lah. Samai ada retis kita sanggup nak pi tengok kat obersea. Uishh, sanggup tu kan?

Sorry la entri kali ni takde gambar. Malas nak letak sebab rasa tak sanggup. Hahaha

Btw, sampai sini je kot entri ni. Jumpa lagi gaiss.

Assalamualaikum :)
xoxo

BIODATA SYAFIQ KYLE


Hasil carian imej untuk SYAFIQ KYLE

Hasil carian imej untuk SYAFIQ KYLE


Nama Penuh : Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak

Nama Komersial : Syafiq Kyle

Asal: Kuala Lumpur

Tarikh Lahir: 24 Jun 1992

Umur :  25 Tahun (2017)

Pendidikan : Diploma Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Drama: Tanah Kubur, Angin Syurga, Anugerah Terindah, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Tuan Rumah Pembantu Rumah, Bila Hati Berbicara, Senafas Cinta, Isteri Separuh Masa, Alaa Bib, Dhia Sofea, Married Tapi Benci, Sekali Aku Jatuh Cinta, Tika Langit Terbuka, Suamiku Paling Sweet, Mencintaimu Mr Photographer

Telefilem: Anak Ikan, Kampungku Aidiladha, Syair Untuk Bonda, Aki Bangku, Mat Despatch Raya Sakan, Dari Pintu Neraka, Gangster Melor, Takraw Kampung, Bapa Mentuaku, Mat Chia Chia, Bella, Kari Sanjana, Tawar, Kalau Aku Kaya, Suamiku Bukan Tukang Masak, Takdir Yang Terhenti, Malam tanpa Yassin, Mencari Mel & Ayu/Mencari Melayu, Isteriku,Cikguku, Nur 3 Pagi

Program TV: Liga Lawak Supersta (Apa Kasih Toq), Ketuk - Ketuk Ramadan, DIVA, Karok La Kau, Yeke ?, Perang Bibir Raya, Bila Bujang Masuk Dapur, Dapur Bonda, Perang Bibir

BIODATA HANNAH DELISHA

Biodata pelakon Mencintaimu Mr Photographer yang alahaii comel sangat. Esaited pulak rasa nak tengok dia berlakon dengan Syafiq Kyle tu. Huhu

Meh layan

Hasil carian imej untuk biodata hannah delisha

Hasil carian imej untuk biodata hannah delisha syafiq kyle

Hasil carian imej untuk biodata hannah delisha syafiq kyle


Nama Penuh: Hannah Adlina Blackburne Birch
Nama Panggilan: Hannah Delisha
Asal: Singapura
Tarikh Lahir: 27 Oktober 1996
Umur: 21 (2017)
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Hos
Penglibatan: Merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha
Lagu Single: Retak, Anugerah, Tidak Perlu Kata Apa-Apa (2017)


Tips Cantik Untuk Bakal Pengantin

ASSALAMUALAIKUM.

BFF sis nak naik pelamin taklama lagi weyy.. I'm happy for her, but at the same time ada rasa sebak wei. Kawan yang huhahuha sejak zaman hingusan nak kawen. Hahaha 

Disebabkan dia nak kawen opkos lah nak nampak berseri-seri yanti kan jadi kat sini suka sis kongsikan beberapa tips untuk korang yang mungkin akan melangsungkan hari bahagia.

Hasil carian imej untuk mandi bunga

Daun sireh
Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini adalah dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil pada wajah, seterusnya menaikkan seri. Anda boleh amalkan ini 30 hari sebelum hari perkahwinan anda.

Mandi bunga
Kata orang, petua ini amat bagus. Jika anda amalkan ,wajah anda akan kekal berseri. Anda digalakkan untuk mandi dengan pelbagai jenis bunga. Caranya, letakkan bunga -bunga pilihan anda di dalam satu besen air. Siramkan air bersama bunga itu tadi pada badan dan wajah. Badan bukan sahaja wangi, malah wajah cantik berseri.

Timun
Timun mempunyai pelbagai khasiat.Hiriskan timun dengan ketebalan sederhana, dan tekapkan pada mata anda selama 30 minit. Selepas itu, basuh dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan kesan lebam bawah mata dan juga merawat mata yang kusam akibat keletihan dan tidak cukup tidur.

Lobak
Lobak kaya dengan vitamin E dipercayai membantu untuk menghilangkan parut dan menaikkan seri wajah. Ia juga melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask . Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.

Kelapa tua
Wajah yang kering dan kusam menunjukkan wajah kelihatan lebih tua . Amalkan basuh wajah  anda menggunakan air kelapa tua, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih.

Tidur yang mencukupi
Tidur secukupnya sekurang-kurangnya sehari sebelum atau seminggu sebelum majlis
Tidur yang cukup dapat membantu bakal pengantin merehatkan minda dan tekanan dalam menghadapi hari besarnya. Dengan minda yang lebih tenang, dapat membantu mengeluarkan aura seri pengantin. Selain itu, dapat mengelakkan atau mengurangkan hitam serta bengkak di bawah mata kerana tidak cukup tidur.

Rasanya yang bukan pengantin pon boleh cuba kot? Nak jugak cantik woi! :p

SINOPSIS FILEM : SPIDERMAN HOMECOMING



Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: NA 
Tarikh Tayangan: 6 Julai 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Pelakon: Tom Holland, Marisa Tomei, Zendaya, Laura Harrier, Tony Revolori, Robert Downey Jr., Michael Keaton, Jon Favreau
Pengarah: Jon Watts

Susulan daripada kejadian dalam "Captain America: Civil War", Peter Parker pulang ke rumah di mana dia tinggal dengan Aunt May. Di bawah mentornya, Tony Stark, dia mula mempelajari untuk mengimbangi dunianya sebagai seorang pelajar dan juga adiwira. Peter cuba kembali kepada rutin harian normalnya tetapi apabila penjahat bernama Vulture muncul, semuanya terjejas.



MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER [ Sinopsis & Novel Online ]

mmp adaptasi


Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!

“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.
“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.
Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?
BACA NOVEL ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...